Tuesday, July 27, 2010

Imarahlah Rumah-Rumah Allah bagi yang sedar...

Subhanallah...

Tadi kebetulan singgah di Masjid sebelum main badminton. Gembira sangat dan disamping tu ada juga rasa pilu sampai nak menangis tadi. Terpandang golongan pakcik-pakcik yang sudah jauh lebih berusia daripada saya berjumpa satu sama lain semasa solat Maghrib tadi. bersalam berpelukan, dan bergurau senda saling usik mengusik seperti sudah lama tak berjumpa sedangkan setiap waktu bersua muka.

Sambil tu teringat juga situasi tu sama seperti kita semasa berjumpa rakan-rakan di kelas hari ini. Jelaslah bahawa pada usia begitu, Masjidlah tempat yang palin patut dimeriahkan dan dijadikan rutin sepertimana kita wajibkan kelas dan bertemu rakan-rakan hari ini. Kalau tak percaya berkunjunglah ke masjid. InsyaAllah akan berpeluang alami apa yang saya alami. Selain itu, saya juga amat terpegun kerana setelah jauh berjalan dan melihat tempat orang, rupa-rupanya masjid-masjid yang telah lama diimarahkan dan digunakan tak perlukan pendingin hawa pun. MasyaAllah, sejuknya sudah cukup nyaman dan menenangkan fikiran

Wednesday, September 30, 2009

Forget and Forgive

Ramai yang terbawa-bawa dengan kesalahan diri sendiri mahupun orang lain sehingga menimbulkan suatu perasaan buatan sendiri iaitu dendam. Jadi amalkanlah "Forget and Forgive" atau lupakan dan maafkan bagi mengatasi masalah ini dan dalam masa yang sama mampu meningkat kualiti dalam usaha seharian. selain itu ia juga mampu membantu membawa kepada ketenangan dan menjauhkan diri daripada hasad dengki dan iri hati. Letakkan 'kesalahan' ditengah-tengah diri anda buat seketika untuk merenungkan apa yang telah berlaku. Kemudian tekadkan hati untuk melupakannya dan memaafkan pesalahnya. Dan cuba renung pula hikmah disebalik segala yang berlaku. InsyaAllah anda akan aman, damai, dan sentosa

Sunday, September 6, 2009

Berubahlah bangsaku...

Semakin hari semakin banyak peluang dicanangkan untuk orang melayu berjaya tanpa mengira bidang terutamanya bidang perniagaan dan perusahaan. Namun, bangsa ini masih belum benar-benar bersedia untuk berjaya kerana tidak benar-benar berfikir dan bertindak sebagai seorang muslim. Anak melayu sering mengambil peluang perniagaan, membuka kedai-kedai baru serta mengeluarkan produk-produk baru. tetapi, yang menyedihkan mereka ini tidak sanggup untuk berusaha dan masih berdiri di paradigma lama apabila hanya berminat untuk berhutang dengan bank dan berniaga, setelah selesai bayaran semula pinjaman daripada bank akan tutuplah perniagaan itu memandangkan tidak ada lagi pegangan dan tujuan untuke mereka berusaha lebih keras.
Mengapa kita perlu mecari suatu tujuan dan objektif yang memberatkan diri, sedangkan dalam Islam itu sendiri telah membuktikan bahawa kita harus berusaha untuk mengubah hidup dan nasib kita. Maka, janganlah menyekat diri daripada menimba ilmu dan terus bekerja keras demi kejayaan sendiri. letakkanlah niat usaha itu kerana Allah S.W.T insyaAllah berkatlah perniagaan itu. Namun, janganlah serik, semua perniagaan ada pasang surutnya, cekalkan hati, kuatkan iman maka buah yang akan tumbuh boleh dinikmati bersama.
Tapi janganlah kamu memberatkan diri untuk beribadah kepada Allah S.W.T kerana sibuk mecari harta kerana kesusahan yang kamu lalui... Dan jangan pula kamu terlalu mempermudah ibadah dan tidak mengerjakannya kerana kufur dengan nikmat yang dikurniakanNYA.

Friday, August 28, 2009

Jumud VS Jahil

Muslim hari ini semakin memberatkan agama dengan pendapat dan kemahuan diri sendiri... Kebetulan kini adalah Ramadhan, ramai sangat yang berpuasa tetapi masyaAllah ramai juga yang tidak solat... Mereka sedar puasa itu WAJIB, namun adakah solat itu SUNAT? Ada juga yang menjadikan adat itu agama dengan berbaju kurung atau baju melayu dengan alasan berpuasa. Sesungguhnya itu adalah baju MELAYU bukan baju ISLAM. Bagi Islam setinggi-tingginya diletakkan keatas menutup aurat seperti yang telah diwajibkan syarak dan bukannya berfesyen-fesyen tertentu. Ada juga yang menjadikan puasa sebagai alasan untuk tidak bekerja, dan membuat tugasan rutin.

"Allah tidak menguji umatnya melainkan dengan kemampuan umatnya itu."

Jadi janganlah kamu berALASAN untuk berusaha dan memberatkan agama dengan nafsumu. Berubahlah dan berfikirlah seperti seorang muslimin.

Tuesday, August 25, 2009

Kehebatan Ramadhan

Ahlan Ya Ramadhan...

Ramadhan sering dikenali sebagai "Bulan Puasa" atau "Bulan Juadah". Namun, ramai yang sering lupa bahawa Ramadhan membawa beberapa perubahan dalam amalan seharian dan tabiat manusia. Antaranya ialah :

  1. Pada bulan ini akan berkumpullah seisi keluarga untuk bersama-sama berbuka di rumah. Renungkan... Sepanjang 11 bulan tidak dapat berkumpul untuk makan bersama kerana mempunyai jadual makan yang berbeza dan kerja yang banyak, tetapi berubah di bulan ini apabila semua berkongsi waktu makan dan rehat yang sama.
  2. Pada bulan ini para perokok akan mampu menahan diri mereka untuk merokok sedangkan selama 11 bulan mereka berpegang kepada "Saya tidak mampu berhenti merokok dan tak mampu hidup tanpanya".
  3. Pada bulan ini akan terbukalah pintu rezeki tambahan buat mereka yang rajin dan berusaha memandangkan banyak kerja sampingan akan mula tumbuh disekeliling. Namun, renungkan mengapa tidak diteruskan pada 11 bulan yang lain, dan mengapa perlu menghadkan pada satu bulan sahaja..?
  4. Pada bulan ini mereka yang sering liat untuk tidur malam dan sering keluar menghabiskan masa malamnya dengan perkara tidak berfaedah akan pulang dan berehat awal sebelum menunggu sahur.
  5. Pada bulan ini akan dialunlah bacaan Quran oleh mereka yang selama ini tidak punya masa untuk membacanya selama 11 bulan... Alhamdulillah...

Oleh itu, ingatlah segala yang berlaku adalah tabiat dan hipokritnya manusia berubahlah. Bukankah indah jika amalan sebulan ini berlangsung terus selama 12 bulan... MasyaAllah... Bayangkan...

Tuesday, July 28, 2009

Patah Tumbuh Hilang Berganti?

Yang hilang sering ditangisi yang datang sering tidak dihargai. Fitrah manusia yang suka untuk mengharapkan sesuatu berbanding bersyukur dan menghargai sesuatu sehinggalah ianya hilang. Oleh itu, peganglah apa yang ada disekeliling anda dan katakanlah anda sayang padanya sebelum semuanya terlambat dan sudah tidak mampu ditangisi. Berharap tidak salah namun terlalu mengharap hingga menjadi "Lupa Daratan" adalah tidak patut diamalkan... renungkan... hargai...

Thursday, June 18, 2009

Berfikiran Baiklah....



Bila berjumpa kanak-kanak anggaplah mereka lebih mulia daripada kita,
kerana mereka belum dibebani dosa...

Bila berjumpa orang tua anggaplah mereka lebih mulia daripada kita,
kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita...

Bila berjumpa orang jahil anggaplah mereka lebih mulia daripada kita,
kerana orang jahil berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita
berbuat dosa dalam mengetahuinya....

Bila berjumpa orang jahat anggaplah mereka lebih mulia daripada kita,
kerana mungkin mereka akan bertaubat pada masa akan datang
sedangkan kita belum tahu bagaimana kita diakhirnya...

Wednesday, June 17, 2009

Dunia vs Akhirat



“Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar
akhirat, dunia akan mengejar kita” ambil iktibar untuk mendidik
diri & famili. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu!

Tatacara Didik Diri


Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, berterusan, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.

Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg negatif emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sebelum waktunya), selalu sakit perut & etc

Tips Sebelum Tidur



Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa
Insya-Allah, Allah lipat gandakan rezeki.

Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak
sepanjang tidur, otak akan generatekan all of our wish & Insya-Allah,
kita akan work towards it (ada semangat) dikeesokan harinya.

3 Kategori Manusia



1. BERJAYA: Hari ini lebih baik daripada semalam
2. TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
3. CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

Kasihnya Ibu



Kasihnya ibu Membawa ke syurga
Dan kasih saudara Masa berada
Berkorban raga… Rela binasa…
Bekorban nyawa… Tanda kasihnya…

kasihnya ayah….Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya Berkorban raga
Biar pun jiwa… Akan terseksa…
Ikhlas dan rela… Asalkan bahagia…

SPACE is SPOT!!!

Manusia sering melihat SATU arah selain RUANG yang ada. ( Use to see the SPOT then the SPACE), dan kerana itulah ramai yang takut untuk mencuba perkara baru dan berpegang pada apa yang mereka sering lakukan selama ini… Dengan berpegang pada ucapan ‘Aku tak reti la nak buat tu, Kalau buat yang ni aku tau la’.

Fikirkan… anda ada banyak PELUANG!!!

Siapa Jahil

Sesiapa yang merasakan dirinya pandai, telah menjadi jahil bermula dari waktu itu. Dan sesiapa yang sentiasa menganggap dirinya jahil dan ingin belajar akan menjadi pandai bermula dari saat itu…

Jangan Hina Diri

Sesungguhnya sesiapa juga yang menghina atau mengutuk diri sendiri sedang menfitnah Allah S.W.T kerana setiap insan itu mempuanyai kelebihan dan kekurangan namun adalah ciptaan ALLAH yang sempurna…