Tuesday, August 25, 2009

Kehebatan Ramadhan

Ahlan Ya Ramadhan...

Ramadhan sering dikenali sebagai "Bulan Puasa" atau "Bulan Juadah". Namun, ramai yang sering lupa bahawa Ramadhan membawa beberapa perubahan dalam amalan seharian dan tabiat manusia. Antaranya ialah :

  1. Pada bulan ini akan berkumpullah seisi keluarga untuk bersama-sama berbuka di rumah. Renungkan... Sepanjang 11 bulan tidak dapat berkumpul untuk makan bersama kerana mempunyai jadual makan yang berbeza dan kerja yang banyak, tetapi berubah di bulan ini apabila semua berkongsi waktu makan dan rehat yang sama.
  2. Pada bulan ini para perokok akan mampu menahan diri mereka untuk merokok sedangkan selama 11 bulan mereka berpegang kepada "Saya tidak mampu berhenti merokok dan tak mampu hidup tanpanya".
  3. Pada bulan ini akan terbukalah pintu rezeki tambahan buat mereka yang rajin dan berusaha memandangkan banyak kerja sampingan akan mula tumbuh disekeliling. Namun, renungkan mengapa tidak diteruskan pada 11 bulan yang lain, dan mengapa perlu menghadkan pada satu bulan sahaja..?
  4. Pada bulan ini mereka yang sering liat untuk tidur malam dan sering keluar menghabiskan masa malamnya dengan perkara tidak berfaedah akan pulang dan berehat awal sebelum menunggu sahur.
  5. Pada bulan ini akan dialunlah bacaan Quran oleh mereka yang selama ini tidak punya masa untuk membacanya selama 11 bulan... Alhamdulillah...

Oleh itu, ingatlah segala yang berlaku adalah tabiat dan hipokritnya manusia berubahlah. Bukankah indah jika amalan sebulan ini berlangsung terus selama 12 bulan... MasyaAllah... Bayangkan...